Home » » 2 PEMIMPIN DAP KANTOI UJIAN AIR KENCING, PULANGKAN SEMULA PINGAT !!!

2 PEMIMPIN DAP KANTOI UJIAN AIR KENCING, PULANGKAN SEMULA PINGAT !!!




Dua wakil rakyat daripada DAP dicabar memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan kepada mereka sekiranya merasakan prinsip parti itu lebih tinggi berbanding penghormatan serta pengiktirafan terhadap kedudukan raja-raja Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dua wakil rakyat pembangkang itu harus mengambil tindakan tersebut jika mereka menuruti 'titah perintah' Pengerusi DAP, Karpal Singh yang melarang mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen daripada parti itu menerima sebarang darjah kebesaran yang membawa gelaran daripada raja-raja Melayu.
Dua wakil rakyat DAP terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dari Selangor dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dari Perak.
"Walaupun Pengerusi DAP menyatakan prinsip parti itu tidak bermaksud untuk menghina raja-raja Melayu, namun, kita merasakan kenyataan itu sebenarnya membawa maksud sebaliknya.
"Prinsip menolak pengurniaan darjah kebesaran yang diberikan raja-raja Melayu sama seperti tidak mengiktiraf kedudukan institusi berkenaan yang mana kewujudannya adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal Singh semalam yang menempelak Koo Ham dan Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk.
Karpal melahirkan rasa tidak puas hatinya itu kerana kedua-dua pemimpin DAP berkenaan melanggar prinsip yang dipegang parti tersebut sejak pertengahan 1990-an yang tidak akan menerima sebarang gelaran ketika masih aktif dalam politik.
Malah, Karpal menegaskan DAP akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti itu yang bertindak menerima penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran daripada mana-mana raja Melayu selepas ini.
Koo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak menerima gelaran Datuk pada 2008, manakala Chang Khim yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menerima gelaran berkenaan pada 2010.
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi mempersoalkan prinsip DAP yang mencetuskan pelbagai persoalan mengenai pendirian sebenar parti itu terhadap kedudukan, penghormatan dan pengiktirafan mereka terhadap institusi raja-raja Melayu.
Katanya, sebarang penganugerahan darjah kebesaran adalah satu pengiktirafan daripada institusi raja- raja Melayu kepada mereka yang layak tidak kira sama ada mereka terdiri daripada ahli parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pegawai kerajaan serta individu daripada sektor swasta atau korporat.
"Jika Pengerusi DAP mengatakan pemimpin parti itu tidak boleh menerima darjah kebesaran daripada raja-raja Melayu sebagai sebahagian daripada prinsip parti, kita lihat banyak lagi prinsip-prinsip parti itu telah dilanggar namun tidak pula dijadikan isu.
"Lihat saja mengenai kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP (Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim) yang sebelum ini mendedahkan parti itu melanggar prinsip perjuangan demokrasi, integriti dan ketelusan apabila berkuasa di beberapa negeri termasuklah di Selangor.
"Apakah prinsip DAP dalam soal penerimaan darjah kebesaran itu merupakan agenda parti itu untuk menjadikan Malaysia sebagai republik, ini yang perlu diperjelaskan oleh kepimpinan DAP," katanya.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger