Home » » AMANAT HADI AWANG PERLU DI SIASAT !!!

AMANAT HADI AWANG PERLU DI SIASAT !!!


Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihak berwajib perlu menyiasat dengan lebih teliti amanat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang membawa kepada perpecahan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata siasatan tersebut perlu dilakukan dengan segera agar tidak berlaku kekeliruan dan keraguan di kalangan orang Islam itu sendiri.
"Maklumlah bila ada kepentingan politik kadang-kadang agama diperalat oleh pihak tertentu dan kita tak ingin perkara ini berlaku hingga timbul kekeliruan dan perpecahan umat Islam," katanya kepada pemberita hari ini.
Mohd Shafie berkata disebabkan amanat tersebutlah menjadikan orang Pas yang taksub sanggup tidak mahu solat berimamkan orang UMNO, tidak mahu makan masakan yang dimasak oleh UMNO dan ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Himpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kedah dan Pelancaran Jom P Karnival Niaga Napoh dekat sini.



Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger