Home » » KERETA PKR LANGGAR ANAK FELDA !!!

KERETA PKR LANGGAR ANAK FELDA !!!


Dalam Malaysiakini telah ditulis mengenai cerita konvoi jelajah Oren telah 'diserang' orang-orang Felda yang melakukan sekatan bagi menghalang puak-puak penabur fitnah ini masuk ke kawasan mereka. 

Menurut Malaysiakini kejadian berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke Felda Bukit Rokan Utara. Seorang peserta jelajah Oren khabarnya berdarah di kepala kerana kena tunjal . 

Tidak dinafikan mereka yang melakukan sekatan ini penyokong Barisan Nasional berdasarkan bendera yang dibawa dan kita tahu mana-mana Felda pun adalah kubu kuat Barisan Nasional.

Tindakan kumpulan Oren ni menjelajah dari satu Felda ke Felda lain boleh dilihat seperti tindakan cuba memprovokasi, tambahan pula dibawa dengan cerita-cerita fitnah berkenaan saham FGVH , walhal penduduk-penduduk Felda sudah pun dapat habuannya.


Berbalik kepada cerita kekecohan yang berlaku berhampiran Felda Bukit Rokan Utara. Malaysiakini melaporkan seolah-olah orang yang melakukan sekatan itu dengan sengaja bertindak luar kawal apabila cermin kereta dipecahkan dan seorang peserta jelajah Oren tercedera kepalanya . 

Dari rakaman video yang diperolehi dalam Facebook salah seorang penduduk yang ada semasa kejadian berlaku, dengan jelas sekali ada tindakan yang boleh mengancam nyawa penduduk dilakukan oleh konvoi jelajah Oren, salah sebuah 4WD dikatakan telah merempuh sekatan dengan agak laju . Tindakan mengancam nyawa itu sudah semestinya menimbulkan kemarahan orang ramai. 

Sudah lah datang ke tempat orang, kurang ajar pulak tu ? Kenapa hal ini tidak dilaporkan dalam Malaysiakini dan media-media pro pembangkang yang lain? Macam SIAL !!!

Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger