Home » » Lelaki Cina mengamuk tikam 23 kanak-kanak kerana Hari Kiamat

Lelaki Cina mengamuk tikam 23 kanak-kanak kerana Hari Kiamat


BEIJING - Pihak polis kelmarin menyiarkan imej yang dirakamkan dari kamera keselamatan mengenai detik-detik seorang lelaki, Min Yongjun mengamuk dengan menikam 23 kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Kampung Chenpeng, daerah Guangshan, wilayah Henan.

Yongjun, 36, menikam seorang wanita di rumahnya dekat sekolah tersebut sebelum dia bertindak mengamuk dengan mencederakan kanak-kanak itu menggunakan pisau.

Anggota-anggota polis dan guru kemudian berjaya menangkapnya dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut siasatan awal polis, Yongjun melakukan perbuatan tersebut kerana terpengaruh dengan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Jumaat ini.

Ekoran kejadian itu, agensi berita Xinhua melaporkan pada Selasa lalu, dua guru besar, dua pegawai polis, seorang pegawai keselamatan dan pegawai pelajaran dipecat.

Kanak-kanak yang cedera itu berusia enam hingga 12 tahun. Kebanyakan mereka mengalami luka yang serius di kepala dan tangan. - Harian Metro


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger