Maaf tak dapat bagi gambar terkini, suami mahu privasi - Siti Nurhaliza
KUALA LUMPUR - Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta maaf kepada peminatnya di tanah air kerana tidak memberikan gambar terkini suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang kini terlantar sakit di New Zealand didedahkan kepada umum.
Siti yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! memberitahu, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan suaminya itu yang mahukan privasi.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland.
"Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K," katanya.
Datuk K terlibat dalam kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson. - Kosmo
Call Center Mistik
Phone :
+6283 866 777 808
+6287 835 212 444
BlackBerry :
23 17B 13E
Website :
WWW.ANTIK-MISTIK.COM