Home » » Mayat wanita 25 tahun ditemui dibungkus untuk dibakar

Mayat wanita 25 tahun ditemui dibungkus untuk dibakar


KULAIJAYA – Mayat seorang wanita yang dibungkus dengan plastik hitam yang kemudian cuba dibakar ditemui di dalam sebuah kereta di Kampung Desa Idaman, Bukit Batu, Sedenak di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, semasa ditemui pada pukul 7.30 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Nor Roziah Zakaria, 25, dipercayai sudah mati dibunuh lebih 14 jam sebelum itu.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati mangsa yang berasal dari Peringgit, Melaka mati akibat dijerut di leher sebelum cuba dibakar di dalam kereta Perodua Viva di kawasan dusun buah-buahan itu.

“Terdapat kesan bakar di tempat duduk depan dan belakang kereta itu. Kita mengesyaki pembunuh cuba memadamkan bukti pembunuhan dengan membakar kereta tersebut namun gagal,” kata beliau. - Kosmo



Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger