Home » » MUSLIHAT POLITIK NIK AZIZ DI SEBALIK TANAH RAKYAT KELANTAN !!!

MUSLIHAT POLITIK NIK AZIZ DI SEBALIK TANAH RAKYAT KELANTAN !!!


Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negeri dan anak-anak Kelantan.
Presiden Persatuan Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan Darul Naim), Datuk Noordin Razak berkata, dakwaan itu juga amat memalukan dan mengaibkan anak-anak Kelantan.
Beliau berkata, dakwaan itu sekiranya benar menunjukkan kerajaan Pas terdesak untuk mendapatkan sokongan sekutunya DAP bagi memperkuatkan pakatan mereka dalam usaha merampas kuasa pemerintahan negara pada pilihan raya akan datang.
"Saya percaya jika tidak ada pakatan pembangkang, perkara ini tidak berlaku, mesti ada muslihat dan agenda politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.

Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Namun, Nik Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.
Mengulas lanjut, Noordin berkata, berdasarkan undang-undang tanah, keseluruhan negeri Kelantan merupakan rizab orang Melayu dan orang luar yang bukan anak Kelantan tidak boleh membeli tanah di negeri ini kecuali ada kelulusan daripada Exco.
"Sekiranya tanah itu untuk komersial, ia sepatutnya dibuat secara tender terbuka, bukan dipilih terutama pihak yang ada hubungan dengan parti yang memerintah negeri," katanya.
Sementara itu, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, Nik Aziz tidak boleh bersikap lepas tangan dalam isu tersebut kerana tanah merupakan perkara sensitif dan melibatkan masa depan negeri serta rakyat Kelantan.
"Isu ini perlu dipandang berat oleh rakyat Kelantan, kenapa dua orang ini yang diberi tanah, ia menunjukkan seolah-olah ada tangan luar terlibat.
"Jika betul ia untuk komersial kenapa tak diberi kepada anak tempatan atau anak syarikat milik kerajaan negeri? Ini pelik dan kita berharap kerajaan negeri jangan lepas tanggungjawab, sepatutnya Menteri Besar tampil memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger