Home » » NIK AZIZ MAHU HADI AWANG JADI MUNAFIK SAMPAI MATI !!!

NIK AZIZ MAHU HADI AWANG JADI MUNAFIK SAMPAI MATI !!!



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981.
Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta Abdul Hadi bertemu dan berhujah dengan pihak yang mendesaknya menarik balik amanat yang dibuatnya itu.
"Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut?
"Ajar puak penakut ini, takut tidak dapat duit, biar Haji Hadi tegap dengan keputusan dia," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO yang dibuat pada 1981.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid meminta Abdul Hadi tidak terus membisu terhadap isu tersebut kerana perlu tampil memberikan penjelasan sesuai dengan prinsip Islam.
Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail sebelum ini turut mendedahkan puluhan ribu ahli dan pengikut Pas dikesan masih berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO kafir.
Sementara itu, hasrat wartawan mendapatkan reaksi Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kalimat Allah digunakan dalam kitab Injil dan beberapa isu lain tidak kesampaian apabila dihalang pegawainya.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger