Anugerah Skrin 2012 baru-baru ni agak kecoh bila dikatakan terdapat perlakuan lawak yang cuba dilakukan oleh Rosyam Nor yang dikatakan menyindir TV Al Hijrah.
Ada sesetengah pihak berpendapat, tindakan artis Malaysia seperti Rosyam Nor pada malam tu merupakan tindakan yang langsung tak sensitif dan telah menghina Islam.
Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh artis Malaysia tersebut pada malam Anugerah Skrin 2012 TV3 yang telah mencetuskan kontroversi :
“Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh”
Pada pandangan gua, apa yang Rosyam Nor tu cakap memang tak patut dan tak boleh kita terima sebagai lawak..
Kalau benda tu dah termaktub sebagai haram didalam kitab, sapalah artis tu untuk main-main padal hukum?
Salah tu salah la beb.. Kalau lu nak buat jugak, dosa lu tanggung la sendiri.. Jangan sebab orang tegur, lu meroyan perli sana sini..
Gua setuju bila Azhar Idrus kata artis tu JAHIL.. Itulah jadinya bila nak tunjuk pandai didepan umum walaupun artis tu sedar dia tak cerdik mana pun!!