Home » » ARTIS WANITA KANTOI DADAH BERSAMA TEMAN LELAKI !!!

ARTIS WANITA KANTOI DADAH BERSAMA TEMAN LELAKI !!!


Seorang pelakon wanita tempatan bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan memiliki dua biji pil disyaki pil erimin 5  seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 26, yang pernah berlakon dalam drama bersiri Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27,  didakwa didakwa secara bersama-sama memiliki pil tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membebaskan  Zarina dan Mohamad Fakhruzaim dengan ikat jamin masing-masing RM2,000 beserta seorang penjamin yang terdiri daripada  ahli keluarga.

Mahkamah menetapkan 8 Februari ini  untuk sebutan kes.



Untuk cerita yg lagi panas sampai korang boleh terkejut beruk korang Klik kt sini>>> GAMBAR PALING PANAS...



Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger