Home » » KALIMAH ALLAH WAJIB DI PERTAHANKAN !!!

KALIMAH ALLAH WAJIB DI PERTAHANKAN !!!

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Umat Islam di negara ini perlu menghalang sebarang cubaan orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah demi menjaga kesucian agama Islam.
Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus berkata, dalam konteks negara ini, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.
Menurutnya, jika perkara itu dibenarkan dibimbangi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam terutamanya mereka yang gagal mendalami ilmu agama dengan baik.
"Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?
"Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger