Home » » Anwar Ambik Kesempatan Ampu Seluruh Ahli PAS !!!

Anwar Ambik Kesempatan Ampu Seluruh Ahli PAS !!!




Kenyataan Nik Aziz Nik Mat berkaitan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan menghina rakyat sebaliknya mengecam motif pemberian itu.., kata Anwar Ibrahim.

Mempertahan ucapan Mursidul Am PAS itu, Anwar berkata kenyataan berkenaan diputar belit sekaligus membuktikan tahap kerosakan media kawalan Umno.

“Saya dengar sendiri seluruh ucapannya yang tak menghina rakyat tapi hina motif penggunaan wang untuk memperbodohkan rakyat. Ada dua perbezaan.

“Nik Aziz dituduh hina rakyat yang tidak langsung tertera dalam ucapan beliau. Ini membuktikan betapa bobrok, rosaknya media Umno untuk cuba mengaibkan pemimpin yang menampilkan akhlak baik.

“Bila saya baca sekaligus, sukar mempercayai. Bila saya rujuk kenyataan lengkap. Ternyata sekali lagi fitnah yang direkayasa mahu dijadikan bukti sahih,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika diminta mengulas fitnah berleluasa media Umno terhadap ucapan Nik Aziz sepulangannya dari Mekah.



Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger