Home » » Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8


Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8 - Rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia telah bersiaran semalam bagi episod ke-8 melalui saluran Astro Ria (104) dan Astro Mustika (134). Seperti biasa, terdapat dua cabaran yang akan dilalui oleh setiap peserta. Dalam cabaran pertama yang melibatkan ketinggian, kumpulan Elfira dan Ajak Shiro memenanginya selepas mencatat masa terpantas.


Kumpulan kedua terpantas pula ialah Arja dan Alam Wakaka. Ini bermakna kumpulan Elfira/Ajak Shiro dan Arja/Alam Wakaka layak secara automatik untuk mendapat hadiah imuniti di cabaran seterusnya.


Bagi cabaran kedua, kumpulan Hefny dan Hafizul berjaya mendapat masa terpantas dan seterusnya dinobatkan juara keseluruhan Fear Factor Selebriti Malaysia minggu ini. Mereka membawa hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.


Agak malang bagi kumpulan Ezlynn dan Nik Michael kerana mereka terpaksa pulang awal selepas tersingkir semalam. Ezlynn dan Nik Michael mencatat masa yang paling lama. Penyingkiran kumpulan Ezlynn dan Nik Michael menjadikan jumlah baki kumpulan yang akan meneruskan cabaran bagi minggu seterusnya ialah lapan kumpulan.



Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger