Home » » Shila Amzah tidak akan terima risikan Sharnaaz

Shila Amzah tidak akan terima risikan Sharnaaz


Shila Amzah tidak akan terima risikan Sharnaaz - Ketika kontroversi hangat di antara Shila Amzah, Sharnaaz dan ND Lala masih belum reda, Shila Amzah tetap mampu tersenyum dan menjawab segala pertanyaan yang diajukan pihak media semalam.

Ditanya tentang hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad yang dikatakan putus, penyanyi ini dalam kenyataannya semalam memberitahu bahawa dia tidak mahu membenarkan dirinya dirisik lagi buat masa ini.

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya.”
kata Shila Amzah dipetik dari Berita Harian.

Dalam laporan lain, Shila Amzah menyatakan bahawa dia sudah tidak sabar untuk menunaikan umrah bersama keluarganya tak lama lagi.



Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger