Gambar 700 pekerja asing mogok ganas di Parit Jamil, Muar - Suasana tenang di Kawasan Perindustrian Parit Jalan berhampiran Seri Menanti, dekat sini, bertukar menjadi kecoh apabila kira-kira 150 pekerja warga asing dari sebuah kilang mengadakan mogok dan bertindak ganas dengan memukul serta mencederakan seorang pengurus pengeluaran dan tiga penyelia, kelmarin.
Kejadian sekitar jam 3 petang itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pekerja terbabit terhadap pengurusan kilang kerana menangguhkan pelaksanaan penetapan had gaji minimum yang dijadualkan berkuatkuasa sejak Januari lalu. Difahamkan, kekecohan itu sudah berlaku sejak Khamis lalu (7 Mac) dengan melibatkan seramai 700 pekerja melakukan mogok tidak mahu menjalankan tugas masing-masing, namun tidak berlaku sebarang keganasan. - Sinarharian



