Aku memang pening sangat dengan janji-janji Nik aziz ni, terbaru nik aziz dah JANJI nak bina stadium bola di kelantan yang bertaraf stadium OLIMPIK. Giler apa org tua ni, janji nik aziz nak bina lebuhraya kelantan pon aku tgok cuma tinggal batu persmian jer... ni bila tiba pilihanraya dh janji nak bina stadium bola pulak. Kalau nik aziz betul nk bina bina stadium sepatutnya nik aziz dh bina lama dah...
Sedarkah kita semua bila kita berjanji...
Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman, penuhi serta sempurnakanlah segala perjanjian (yang kamu buat).”
(Surah al-Ma’idah, ayat 1)
Perjanjian adalah amanah yang wajib ditunaikan. Soal meringan-ringankan perjanjian dan tidak menepati perkara dijanjikan termasuk dalam kategori dosa besar. Ia sangat dibenci dan dimurkai Allah.
Sedarkah kita Nik Aziz selalu mempermainkan Hukum Hakam ALLAH..
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah al-Saff, ayat 2-3)
Memungkiri janji boleh mendatangkan implikasi negatif kepada kepada pihak berjanji. Akibat memungkiri janji hubungan seorang sahabat dengan sahabat menjadi renggang, pekerja dengan majikan bermusuhan, suami isteri berselisih faham dan tidak wujud perasaan kasih sayang antara ayah dengan anaknya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang padanya ada tiga perkara itu, maka dia adalah seorang munafik walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mengakui dia seorang Muslim. (Tiga perkara itu) ialah apabila berbicara, ia berdusta; apabila berjanji, ia menyalahi janji; dan apabila diberi amanah, ia khianati.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Harap kita dapat menilai sendiri tentang sikap Nik Aziz.. Ikuti JANJI-JANJI NIK AZIZ di bawah...
Meskipun banyak projek mega dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan masih gagal ditunaikan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta rakyat 'memberi kepercayaan' kepada satu lagi projek mega iaitu stadium bola sepak.
Walaupun tidak memaklumkan bila projek itu dijangka siap, Nik Abdul Aziz memberitahu stadium itu lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia dan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China. .Majlis pelancaran projek bernilai RM320 juta membabitkan kawasan seluas lebih 100 hektar itu berlangsung di kaki Bukit Merbau di sini.
Tindakan mengumumkan pembinaan sebuah stadium tersebut dilihat cuba menyaingi pengumuman tujuh projek besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melawat Kelantan pada 20 Januari lalu.
Selain pembinaan stadium baharu, Najib turut mengumumkan projek lain merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menyelesaikan masalah air.
''Saya hari ini begitu gembira," kata Nik Aziz dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah tersebut.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Angkatan Generasi Melayu Muda baru-baru ini menyifatkan projek stadium itu merupakan satu lagi sandiwara kerajaan Kelantan.
Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, beberapa projek mega Pas Kelantan sebelum ini hanya menjadi kenangan untuk rakyat antaranya Jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pelabuhan Pantai Sri Tujoh, Bandar Baru Pengkalan Kubor serta Koridor Depu.