Memandangkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sudah pun membuka cerita dan menyalahkan UMNO dengan video yang kononnya bakal ditayangkan dengan UMNO dan Barisan Nasional menjadi dalangnya, semakin banyaklah yang sedang mencari-cari klip video tersebut dan sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu dan menonton sendiri bagi membuat penilaian dan tidak bergantung kepada cerita para pemimpin PKR, khususnya Saifuddin Nasution yang kuat gelembong berbanding bercakap benar.
Sekarang, dua keping gambar yang dikatakan antara SCENE yang terdapat dalam klip video tersebut sudah mula tersebar di dalam media Internet.
Apakah benar gambar-gambar tersebut benar-benar gambar Nurul Izzah dan pensyarahnya?
Apakah benar gambar-gambar berkenaan benar-benar diambil daripada klip video yang diperkatakan oleh Saifuddin Nasution?
Sudah mula timbul tanda tanya, sebenarnya siapakah dalang video berkenaan memandangkan yang paling kuat memekak sekarang adalah pecacai Pakatan Rakyat, sehinggakan mereka sendiri yang membuat laporan polis sedangkan video berkenaan belum pun 'wujud' di persada untuk ditonton oleh ramai orang?
Untuk apa laporan polis dibuat bagi sesuatu yang belum lagi 'wujud' secara sah dan terang?
Apakah kerana terlalu terdesak sehinggakan perlu mengorbankan Nurul Izzah dan keluarganya?
Siapa sebenarnya yang terdesak untuk menang?
UMNO atau PKR yang semakin merudum sokongan di seluruh negara dan sepanjang kewujudan PKR, mereka terlalu bergantung kepada PAS untuk segala-galanya, kecuali kewangan?