Home » » Panas!! Kemelut Pas Kedah: Antara YAB Azizan Vs YB Phahrolrazi - Siapa Patut Berundur?

Panas!! Kemelut Pas Kedah: Antara YAB Azizan Vs YB Phahrolrazi - Siapa Patut Berundur?


Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera kepada semua ahli dan penyokong PAS khususnya dan PR amnya.


Dewasa ini kedengaran banyak sekali ulasandan kritikan ke atas YAB Azizan dan YB Phaharolrazi samada di media internet mahupun di media karat (kedai kopi). Semuanya ini ‘dibincangkan’ demi untuk memuaskan nafsu serakah kedua-dua pihak masing-masing.


Setiap kali membaca akhbar di internet mahupun berbual di ‘media karat’ semuanya hendak menegakkan ‘benang yang basah’. Puak ‘Jerai’ dengan hujah mereka manakala puak Pengkalan Kundur pula tidak kurang sama iramanya, masing-masing berpaksikan ULAMAK menyokong mereka.

Lihatlah luahan seorang anakmuda dalam youtube berkenaan hal ini...




Baru-baru ini terbaca di blog kedahlanie, video Youtube (Isu PAS Kedah Terkini)seorang Sheikh Muda di Sik. Lucu pun ada. Biasalah apabila ada ‘title’ ULAMAK mesti tidak lari daripada menggunakan bait-bait Al-Quran lengkap dengan TERJEMAHAN, bukan TAFSIR. Teringat seorang YB cina DAP di Perak suatu ketika dulu yang hangat diperbincangkan. 

Dengan mengatakan orang-orang di sekeliling YAB Azizan ‘kurang baik’ adalah amat dangkal sekali. Mengatakan orang-orang atas kurang mengaji juga menunjukkan betapa kita pun sama tapi mungkin tidak serupa. Kamu, ya orang yang di dalam Video, hanya dengar sebelah pihak, mungkin. Kejadian manusia, Allah Taala jadikan dua telinga dan di tengah-tengahnya tempatkan satu organ yang dinamakan OTAK. Di situlah juga akal. 

Puak yang ada disekeliing Phaharolrazi atau glamournya di kalangan orang cina PAKULON juga tidak kurang hebatnya. Puak inilah yang bermula dengan orang-orang yang menganggotai MTD Pengkalan Kundur bercampur dengan Alur Mengkudu berperanan meracuni pihak akar umbi. Terbahagilah kami kepada dua pihak, yang menyokong YAB Azizan dan Pakulon. 

Sepatutnya tidak berlaku dua puak, kerana kita semua dididik setia pada PARTI. Tapi peranan puak-puak inilah menyebabkan berlakunya puak-puak di dalam PAS Kawasan Pengkalan Kundur dan Jerai. Ahli ilmu (ulamak) yang mencintai dunia, maka curigalah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu, ia akan menyibukkan dirinya dengan apa yang dicintainya. Jadi yang anggap diri tu ULAMAK janganlah cenderong kepada satu pihak saja.

Menuduh puak disekeliling Azizan dapat projek itu dan ini adalah ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri. Puak Pakulon pun sama saja. Apa kurangnya, daripada lori tanah sebiji bertambah menjadi lima, ditambah pula dengan rumah bangli berharga RM300 ribu lebih. Projek tanah kuari. Adik serta keluarganya pun mendapat imbuhan. Daripada kayuh ‘GEREK’  terus memandu Mercedes (bukan mercedes batman). 

Tak palah kita tutup bab ini. Satu yang sedih, mengapa Zulyadi Rauf sanggup nak protes dan berpiket sekiranya Pakulon tidak menjadi calon kawasan PK. Adakah itu ugutan. Adakah Allah balas ‘cash’ kepada ahli PAS yang terlalu sangat menghina ahli UMNO satu masa dulu. Dulu kita kata PAS tak pandang calon , pandang PARTI tak macam UMNO yang pakat gila nak jadi calon. 

Sekarang apa yang dah berlaku. Tanpa disedari ianya berlaku kepada PAS dan ahlinya sendiri.Kepada yang dok meloncat macam ‘beqok makyeh’ ingat, lepas ni kami akan siarkan gambar segala kekayaan yang ampa dapat daripada YB kesayangan ampa tu.... sekiranya tak insaf lagi. Kalau nak kata ugut pun terpulanglah....dah tua-tua semuanya. Tak kenyang lagika. Dulu pandai kata duit tak boleh bawa ke mati, buat apa puak UMNO dok pulun sangat. La boleh kat ampa lagi teruk ampa sapu.

Untuk Azizan pulak, puak Pakulon kata cengei. Perongoih dan yang sewaktu dengan maknanya. Memang betoi. Dah jadi ‘PUBLIC FIGURE’ tu kenalah ubah sikit perangai tu, tak rugi haih. Untung apa bila hijrah daripada buruk ke baik, itu yang dituntut dalam Islam. Lupa la tu apa yang depa dok ajaq kami di bawah ni. Bab bagi kontrak dekat puak UMNO, itu kena halusi betoi-betoi, Azizan MB kepada rakyat Kedah bukan ahli PAS, jadi mana yang layak dapatlah tender tu, tak payahla tuduh dia bagi kat UMNO. Ada yang pi minta projek kot belakang, bila tak bagi mengamok la. Perangai orang MELAYU bukan ahli Parti.Jangan dok layan Najib Pak Ya. La ni orang marah dekat Azizan dan puji Najib dah. Pelik sungguh perangai orang MELAYU ni, baik dalam PAS tambah la lagi UMNO.


Satu pesanan kepada semua ahli PAS di kawasan SG LIMAU dan PENGKALAN KUNDUR, Janganlah dibiarkan jiwa kita yang taat kepada PARTI selama ini diNODAI oleh mereka yang berkepentingan ini. Sekiranya ada orang yang cuba lagi hendak menceritakan keburukan, kelemahan dan apa-apa pun yang memudaratkan kedua-dua pemimpin ini, tinggalkanlah mereka yang membawa berita itu, sesungguhnya mereka itu SYAITAN yang dikenali yang menyerupai manusia sahaja. Walaupun PENGLIPUR LARA itu mengenakan serban atau jubah yang labuh.

NASIHAT SAYA, SEKIRANYA HAL INI MASIH LAGI BERPANJANGAN, SAYA SYORKAN DENGAN RELA HATI KEDUA-DUA PEMIMPIN INI DEMI ISLAM DAN PAS, YAB USTAZ AZIZAN DAN YB PHAHAROLRAZI BERUNDURLAH SECARA BERHEMAH. JANGAN KERANA KAMU BERDUA ROSAK HABIS PR DI KEDAH INI. SEKIRANYA KAMU BERDUA SAYANG KEPADA PARTI UNDURLAH. KAMU TAK RUGI KERANA DAH DUA PENGGAL DAH JADI YB. BEREBUTLAH UNTUK MENGAMBIL TINDAKKAN SEPERTI SAIDINA HASSAN CUCU KESAYANGAN NABI SAW.

AHLI PAS yang disayangi, sekiranya kita mengikut aliran DEMOKRASI yang menjadi kiblat politik Malaysia, semestinya MAJORITI yang akan berkuasa. Itu dari konteks DEMOKRASI. Fikir-fikirkanlah. Berapa kawasan yang suka dan berapa yang kurang kasih sayang kepada YAB MB kita..... 

Sekian wassalam.

Luahan Rasa
PEMERHATI AKAR UMBI
JAMAAH ISLAM PALING AULA

Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger