PAK YUS SI RAMBO AMPANG telah menulis sesuatu yang amat menarik tentang lanun-lanun Sulu yang menamakan diri mereka sebagai Kesultanan Sulu untuk renungan kita bersama. Tulisannya tidak diedit, disaring, dipinda mahupun diubah.
Bacalah sepenuhnya:
Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).
Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang)
Jawapannya TIDAK!!!
Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia.
Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah.
Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi.
Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA???
FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH...
Utk makluman. Pencerobohan di sabah ini telah dirancang sejak bulan ogos tahun lepas dimana Jamalul Kiram telah dihalang dpd melakukan pencerobohan ini oleh Boy Saycon penasihat kepada sultan sulu.
Percubaan pertama adalah bulan ogos. Cubaan kedua adalah pada bulan september. Cubaan ketiga adalah september dan ini adalah cubaan yg telah berjaya pada bulan februari. Tindakan ini telah diambil setelah satu perjanjian persefahaman diantara moro islamic liberation front pada bulan oktober 2012.
Ketidaksefahaman tlh berlaku diantara ksultanan kiram dan kerajaan filipina oleh kerana tidak memasukan sabah didalam perjanjian penubuhan bangsamoro. kebenaran utk mendarat di sabah adalah melalui satu surat kuasa atau amanat diraja sulu yg ditandatangani oleh agbimuddin dimana menyatakan "kembali ke tanah air sabah".
Boy saycon adalah pengarah strategik politik bagi ksultanan sulu. Kesultanan sulu menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain oleh kerana orang orang sulu tlh memberikan mandat kpd sultan sulu utk mengambil alih sabah. Ini kerana di mahkamah antarabangsa dunia perlu dibuktikan bahawa pendudukan bangsa itu di sesuatu tempat dan kawasan perlu dibuktikan bagi bukti di mahkamah antarabangsa.
Difahamakn segala dokumentasi tlh disiapkan utk di failkan tidak lama lagi. Ini juga kerana pihak kerajaan filipina telah menidakkan tuntutan sulu sebelum ini dimana beberapa presiden sebelum ini juga mengambil tindakan yg sama.
Utk pencerahan semua mengenai keadaan yg berlaku.