Home » » Terkini, Anwar Ambil Kesempatan Kisah Di Lahad Datu !!!

Terkini, Anwar Ambil Kesempatan Kisah Di Lahad Datu !!!




KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM
UNTUK EDARAN SEGERA

1 MAC 2013

INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

Lihatlah Anwar!

Dalam situasi gawat yang sedang dihadapi oleh negara, Anwar masih mencari jalan melakukan konfrontasi dan provokasi berbau politik terhadap pemerintah.

Kenyataam yang dibuatnya tidak langsung menampakkan tanggungjawab bersama sebagai seorang pemimpin dan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Kenyataan yang dikeluarkan begitu pantas menuduh kerajaan seolah-olah berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dalam isu pencerobohan terhadap wilayah negara ini.

Apakah wajar tindakan beliau menyambar sepantas kilat situasi gawat yang berlaku ini untuk menjadi "hero negara secara overnight", cukup dengan hanya membuat kenyataan akhbar dan meletakkan sepenuhnya kesalahan terhadap kerajaan?

Apakah kenyataan akhbar sebegini wajar dilakukan dalam situasi di mana satu dunia sudah maklum betapa kerajaan Malaysia sedang berhempas pulas untuk menyelesaikan isu pencerobohan ini melalui perundingan?

Apakah Anwar buta dan tuli, tidak langsung menyedari kerajaan Malaysia dan Filipina telah, sedang dan terus mengambil pelbagai langkah untuk menamatkan konflik ini secepat mungkin dengan bermatlamatkan zero casualty?

Sungguh bangsat rupanya Anwar yang melakukan desakan supaya memberi segala maklumat terhadap rakyat. Setiap jam pihak media rasmi kerajaan memberikan maklumat terkini berkaitan isu ini. Tapi apakah wajar pihak kerajaan mendedahkan segala strategi dan maklumat sulit kepada pengetahuan umum?

Kenyataan Anwar, jelas hanya bertujuan untuk menambah lagi tekanan yang sedang dihadapi oleh pihak keselamatan Malaysia, dan tiada langsung niat untuk menyelesaikan secara pertanggungjawaban bersama terhadap keselamatan dan kedaulatan negara!

Memang sialan sungguh tabiat "Huguan Siou Haram" ini.

Seluruh rakyat Malaysia akan diberitahu siapakah dalang yang telah memberi gambaran dan jaminan palsu kepada Askar Diraja Sulu ini hingga mereka begitu yakin dan nekad melakukan tuntutan yang  tidak masuk akal dengan cara yang tidak masuk akal dan dengan kekuatan tentera yang tidak masuk akal sama seperti kerasukan tentera al maunah.

Jika benar pendedahan seperti yang dinyatakan oleh pihak risik dan media Filipina, wujudnya penglibatan pemimpin pembangkang Malaysia yang telah memberi harapan dan jaminan palsu hingga membawa kepada pencerobohan nekad ini, maka seluruh rakyat negara ini berkewajiban menghapuskan pengkhianat ini dari bumi Malaysia!!




Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger