Kenyataan biadab dan tidak berperikemanusiaan TIN CHUA
"Dalam kenyataan menerusi Keadilan Daily hari ini, Tin Chua membuat dakwaan kematian dua anggota komando polis tersebut sebagai konspirasi terancang dilakukan oleh UMNO."
KEADAAN DI LAHAT DATU
Semua pergerakkan keluar masuk di Lahad Datu ditutup bermula 2 petang 2 Mac.
Semua sekolah dan premis perniagaan ditutup sejak 5 hari lepas.
Kawasan ruang udara di situ di beri takrif “NO FLY ZONE”.
Lapangan terbang Lahad Datu ditutup sejak Jumaat dan mereka yang hendak menggunakan laluan udara terpaksa pergi ke Tawau.
Hospital di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dikawal ketat oleh pasukan tentera untuk mengelakan daripada pasukan pencerobohan memasuki kawasan Hospital.
Berlaku penambahan ubat-ubatan dan peluru untuk kegunaan tentera dan polis sudah bertambah sejak beberapa minggu lepas.
Semua sekolah dipantau polis, kemasukkan kembali pelajar-pelajar ke sekolah di kawasan sekitar akan dibuat secara berperingkat.
Yang lainnya tunggu sidang media bakal dibuat oleh Panglima ATM sebaik sahaja serangan besar-besaran oleh ATM dimulakan kerana sebarang pendedahan bakal menguntungkan puak pemberontak.