Home » » Terkini!! Tian Chua Didakwa Ikut Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen 2 Esok.. Jom Terjah!!

Terkini!! Tian Chua Didakwa Ikut Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen 2 Esok.. Jom Terjah!!


KUALA LUMPUR 13 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan didakwa mengikut Akta Hasutan esok di Mahkamah Sesyen 2, Jalan Duta di sini, esok.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata Tian akan diwakili peguam, N Surendran.

Hari ini, Tian memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu

Keterangannya dirakam bermula jam 11 pagi selama 30 minit untuk siasatan kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Beberapa hari lalu, Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit; Sub Editor, Norasikin Samsi dan wartawan, Aisha Geoffrey, secara berasingan turut diarah memberi keterangan. ~keadilandaily
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger