Home » , , , » APE HAL CIKGU-CIKGU PAS MALU-MALU KUCING GARONG NI...??? wakakawakaka...

APE HAL CIKGU-CIKGU PAS MALU-MALU KUCING GARONG NI...??? wakakawakaka...




Antara aku janji yang dibuat oleh BN, ialah memberikan laluan kepada 420,000 orang guru untuk dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi. 

Guru merupakan antara golongan sasar yang paling volatile dan paling reliable. Baik BN apatah lagi Pakatan, amat mengharapkan guru untuk menyokong dan memilih mereka sebagai tempat berpayung. 

Agak menarik apabila ramai guru sebenarnya menganut fahaman PAS dan PKR tegar. Dan golongan inilah juga yang paling banyak dan paling mudah dinaikkan pangkat walaupun prestasi mereka sebenarnya amat mengecewakan, tapi masih lagi dinaikkan pangkat. 

Sudah ramai yang bertanya, apakah manifesto ini sebenarnya adalah untuk guru-guru PAS dan PKR kerana dalam banyak hal, merekalah yang paling banyak mendapat laba dan dan faedah? 

Atau sebenarnya BN buang masa dengan manifesto 'mengarut' sebegitu rupa? 

Kalau setakat buat manifesto tapi faedahnya untuk puak-puak PAS dan PKR yang sentiasa memperlekehkan usaha-usaha kerajaan menambahbaikkan taraf rakyat, lebih baik hentikan. 

Kalau nak buat juga, pastikan antara 420,000 guru yang bakal dinaikkan pangkat, buat saringan yang ketat dan pasti. Guru-guru PAS dan PKR, elok dibiarkan dan dipetisejukkan. Apatah lagi majoriti mereka memang tak bekerja pun tapi sibuk berdakwah dan berkempen agar rakan-rakan sepejabat, ibu bapa pelajar dan pelajar-pelajar menyokong Pakatan Rakyat. 


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger