Home » » Demi cinta kepada Pekin, Uqasha Senrose keluar dari MIG

Demi cinta kepada Pekin, Uqasha Senrose keluar dari MIG


Demi cinta kepada Pekin, Uqasha Senrose keluar dari MIG - Akhbar Kosmo melaporkan bahawa Uqasha Senrose berhasrat meninggalkan pihak pengurusan MIG selepas kontrak beliau akan tamat hujung tahun ini. Kini, kontraknya dengan MIG masih berbaki 7 bulan.

Ketika diajukan pertanyaan sama ada hasrat untuk keluar dari MIG ini ada kaitan dengan isu percintaan dengan Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose pantas menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

“Tidak. Saya memang bercadang keluar daripada MIG sebelum kenal Pekin Ibrahim lagi. Tolonglah saya tidak mahu mengulas lagi perkara ini,” jelas Uqasha Senrose ringkas.

Sementara itu, Pekin Ibrahim yang turut diminta mengulas mengenai isu kontroversi itu berkata yang Uqasha Senrose mampu pergi jauh kerana berbakat dan memiliki rupa paras cantik walaupun bukan berada dibawah pengurusan MIG.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger