Home » » Fadzil Zahari selalu singgah ke rumah saya di Johor - Yana Samsudin

Fadzil Zahari selalu singgah ke rumah saya di Johor - Yana Samsudin


Fadzil Zahari dan Yana Samsudin hangat bercinta - Desas-desus percintaan pelakon Yana Samsudin dengan adik kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari mungkin benar apabila wanita itu mengesahkan bintang baru tersebut telah mengunjungi keluarganya di Johor.

Yana, 29, berkata Fadzil juga antara individu yang rajin untuk menemaninya ke mana-mana sahaja jika tiada halangan.

"Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang rapat dengan saya selepas saya putus cinta dulu iaitu sejak tiga tahun lalu. Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana," katanya ketika ditemui mStar di majlis Pesta Berlian Habib Jewel, semalam.


Yana diminta mengulas khabar angin hubungan cintanya dengan pelakon Fadzil Zahari yang semakin heboh diperkatakan orang. Bagaimanapun, jelas Yana, hubungan tersebut hanya sekadar teman rapat dan tidak lebih dari itu.

"Kami hanya kawan dan dia memang rajin menemani saya ke majlis-majlis jika tiada apa-apa halangan. Saya ajak dia teman kerana saya tidak suka jalan sendiri sejak dari dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Yana berkata, dia mula rapat dengan Fadzil sejak dikenalkan oleh Farid. Malah Yana mengakui dia turut rapat dengan keluarga pelakon tersebut.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger