Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata Sam memiliki kualiti seorang lelaki yang sangat diidamkan oleh para wanita termasuklah dirinya.
"Saya setuju Sam seorang lelaki yang tidak banyak di luar sana. Ramai wanita yang menganggap lelaki semuanya sama, tetapi dia lain, dia sangat istimewa. Kerana itu saya sangat senang apabila berlakon dengannya menerusi drama Kisah Cinta," katanya.
Tambah Fazura lagi, dia dapat melihat Sam juga seorang yang sangat menghormati wanita.