Home » » Gadis 24 tahun dipenjara 2 tahun kerana diperkosa penceroboh

Gadis 24 tahun dipenjara 2 tahun kerana diperkosa penceroboh


Gadis cantik dipenjara 2 tahun kerana diperkosa penceroboh - Seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara dua tahun.

Difahamkan, wanita berkenaan cuba mempertahankan diri namun secara tidak sengaja terbunuh lelaki itu. Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut. Sumber



Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger