Home » » NIK AZIZ TIDAK BENARKAN UMNO MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ???

NIK AZIZ TIDAK BENARKAN UMNO MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ???




Perjuangan UMNO dalam menegak serta memartabatkan agama Islam di negara ini adalah suci dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan, orang UMNO yakin dengan pegangan akidah serta perjuangan mereka terhadap agama suci itu.

"Siapa jua yang menafikan pegangan penyokong UMNO terhadap agama Islam adalah mereka yang gilakan kuasa dan berkepentingan politik, mereka yang cuma mahu mendapat sokongan politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz dalam ceramahnya di Jeli malam tadi bahawa kalau Nabi Muhammad SAW hidup, UMNO akan lawan kerana menuduh parti itu mengamalkan dasar politik suku agama suku, berbeza dengan asas Islam yang dibawa Baginda.

Malah dakwa Nik Abdul Aziz, Pas berbalah dengan UMNO kerana parti itu menolak agama sama dengan Abu Jahal, Fir'aun dan Namrud.
Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, lebih banyak fatwa songsang akan dikeluarkan oleh pemimpin Pas menjelang kempen pilihan raya umum nanti.

"Saya percaya rakyat Kelantan sudah lali dengan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal itu dan yang penting kita orang Islam, saya orang Islam, saya penyokong UMNO, saya penyokong BN, saya tidak tolak Islam.
"Saya yakin dengan agama yang saya anuti dan tidak ada sesiapa yang berhak kata saya menolak Islam dan tiada siapa yang berhak menyatakan solat saya tidak dapat pahala daripada Allah," katanya.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger