Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, fasa itu yang secara rasminya bermula semalam akan menyaksikan anggota keselamatan berkampung bersama penduduk.
Beliau berkata, pendekatan tersebut dilihat dapat membantu meningkatkan keyakinan penduduk untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
"Selain unit dan anggota keselamatan ditempatkan bersama orang kampung, kumpulan keselamatan ini juga akan berada dalam kawasan ladang kelapa sawit yang berdekatan," katanya dalam sidang akhbar semalam.
Yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin.
Zulkifeli berkata, seiring dengan Strategi Lautan Biru Nasional, kawalan pasukan keselamatan dalam fasa itu juga akan diperkukuhkan dengan penglibatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Menurutnya, kedua-dua agensi terbabit akan bertindak mengawasi keselamatan nelayan yang turun ke laut.
Tambah beliau, semua pendekatan diambil itu bertujuan meningkatkan keyakinan mereka dalam memulakan kehidupan di lokasi yang pernah menjadi medan pertempuran pihak keselamatan dengan kumpulan pengganas Kiram.
"Biarpun Ops Daulat sudah memasuki fasa ketiga, namun kekuatan ketenteraan di daerah ini masih dikekalkan.
"Kawalan akan dilakukan secara bergilir oleh pasukan keselamatan, malah kenderaan berperisai akan turut membuat rondaan pada sebelah malam," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu risau terhadap keselamatan diri, keluarga dan harta benda kerana jaminan keselamatan menjadi keutamaan pasukan keselamatan ketika ini. - Utusan