PAS berada dalam keadaan paling darurat dan paling terdesak walaupun selepas bergabung dengan PKR dan DAP. Terlalu banyak masalah yang PAS Sendiri cipta semata-mata untuk menaikkan rating PKR dan DAP di kalangan pengundi Melayu yang menyokong PAS.
Malangnya PAS sudah tersalah zaman. Zaman orang Melayu bodoh dan hanya menerima doktrin-doktrin aneh yang dipopularkan oleh PAS, sudah berlalu. Kaaupun masih ada saki-baki, jumlahnya tidaklah seramai mana. Bahkan yang menyokong membuta tuli apa-apa sahaja yang didoktrinkan oleh kepimpinan utama PAS hanyalah golongan yang cuba mencari jalan pintas masuk syurga dengan membohongi diri sendiri.
Awal-awal pasca PRU12, sombong dan mengedik ekor PAS cukup hebat. Kalau tengok kalah Pak Kaduk yang menang sabung, kampungnya tergadai. Lebih-lebih lagi menerusi kejayaan Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak.
Namun akhirnya PAS kembali ke zaman dinosaur mereka. Kebodohan tidak dapat dipisahkan dengan PAS. Walau diselubung dengan pelbagai jubah dan label agama sehingga ke tahap pendewaan, akhirnya yang busuk menanah tetap juga terserlah.
Gambar-gambar Fadhil Nor kini mula digunakan sebagai bahan iklan untuk mendapatkan pengaruh. Macamlah Fadhil Nor tu Presiden terbaik PAS, walhal bekas Presiden itulah yang menjunjung tangan Mahathir untuk perpaduan Melayu Islam.
Malah bekas Presiden PAS itulah juga yang bersetuju dengan Mahathir pada saat-saat akhir nyawanya bahawa Melayu-Islam peru bersatu dalam satu saf. Dan bekas Presiden itulah yang dikutuk oleh golongan PARASIT yang sudah mula menunjukkan taring biarpun mereka baru masuk PAS sehingga Nasharuddin Mat Isa perlu dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS untuk mengekang PARASIT yang ketika itu sudah mula menjalankan tugas merosakkan PAS dari dalam.
Sekarang namanya dan mukanya digunakan untuk tunjukkan PAS menghormatinya, kononnya.... Sehinggakan dia yang sudah reput di dalam tanah pun, masih agi dijadikan iklan.
Kesian sungguh buat PAS!!!