Pemilihan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu.
Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau.
Bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu.