Home » , , , » TERKINI DARI KELANTAN... SATU LAGI CAWANGAN PAS MASUK KUBORRR....!!!

TERKINI DARI KELANTAN... SATU LAGI CAWANGAN PAS MASUK KUBORRR....!!!




Pas Cawangan Chiku 7 berkubur selepas 20 ahlinya yang menggerakkan parti itu secara aktif di Gugusan Felda Chiku sejak tahun 1990 mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ahli UMNO dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Kesemua mereka membuat keputusan tersebut bersama ahli keluarga masing-masing selepas kecewa dengan pemimpin Pas yang tidak menghargai perjuangan mereka malah pemimpin tertinggi Pas didakwa langsung tidak pernah melawat ahlinya di situ.

Wakil mereka, Ayob Jaafar, 51, berkata, tingkah laku pemimpin Pas Kelantan itu berbeza dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah daripada BN yang bukan sahaja tinggal di kawasan berhampiran sebaliknya seorang yang sangat mesra dan berkhidmat untuk rakyat.

"Saya datang ke sini pada tahun 1989 dan menjadi penyokong kuat Pas ketika kali pertama mengundi setahun selepas itu lalu terus berjuang bersama Pas tetapi pemimpin atasan pula tidak melakukan kerja.

"Saya sokong Pas sebab Tok Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat) tetapi lama-kelamaan saya tengok apa yang Pas lakukan semua tidak betul, malah mereka meniru apa sahaja yang UMNO lakukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Bikri Samad, 50, berkata, meskipun baru hendak menjadi ahli UMNO namun sejak beberapa tahun lalu dia bersama keluarga sudah jatuh hati dengan sikap pemimpin UMNO yang cakna kepada rakyat dan sentiasa memberi sokongan.

"Jadi kali ini saya akan mengisi borang untuk menjadi ahli UMNO supaya penduduk kampung lain percaya kerana memang selama ini saya sudah memilih UMNO dan menyokongnya," jelasnya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Rohani Yahya, 47, berkata, dia memilih menjadi ahli UMNO sebagai ucapan terima kasih kepada pelbagai bantuan yang diterimanya daripada Kerajaan Pusat.

"UMNO tidak pernah mengabaikan saya dalam apa sahaja perkara. Saya dapat bantuan kebajikan untuk ibu tunggal, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai lagi bantuan persekolahan untuk anak-anak.

"Kali ini sokongan saya kepada BN. Saya akan memberi undi kepada calon BN dalam pilihan raya nanti untuk membalas budi mereka," katanya.
Ahli Pas sejak 1989, Suhaibah Abdul Rahman, 43, berkata, dia kecewa dengan Kerajaan Pas Kelantan yang langsung tidak pernah memberi sebarang bantuan serta menjaga kebajikan keluarganya.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikan durian runtuh kepada semua peneroka dan banyak lagi. Ini semua saya hargai dan bersyukur kerana dapat membantu keluarga saya.
"Saya tidak pernah merasa sedikit pun bantuan daripada Pas Kelantan, tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun," ujarnya.





Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger