Home » » Zizan Razak dan Emma Maembong bercinta sejak 2 tahun lalu?

Zizan Razak dan Emma Maembong bercinta sejak 2 tahun lalu?


Razak dan Emma Maembong bercinta sejak 2 tahun lalu - Ibu kepada pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak iaitu Anai Ibrahim mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dan Emma Maembong telah terjalin sejak 2 tahun lalu. Menurutnya, pelakon wanita itu sebelum ini pernah datang ke rumahnya ketika rumah terbuka Aidilfitri 2 tahun lalu, dipetik dari Ohbulan.
Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi.
Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan.
Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar.

Bercerita lebih lanjut berkenaan hubungan rapat antara dua pelakon ini, ibu Zizan menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan siapa anaknya ingin berkahwin, asalkan wanita tersebut dapat memahami kerjaya Zizan sebagai seorang selebriti.
Zizan tidak pernah sorok kepada saya jika dia sedang suka serta berkenan dengan seseorang itu. Dia akan terus membawa wanita itu berjumpa saya. 
Apa-apa pun, saya tidak kisah siapa pilihan bakal isteri Zizan, asalkan wanita itu faham akan kerjayanya yang sentiasa sibuk dengan kerja tanpa mengira masa.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger