Home » » Zizan Razak punyai ciri-ciri lelaki idaman saya - Emma Maembong

Zizan Razak punyai ciri-ciri lelaki idaman saya - Emma Maembong


Zizan Razak punyai ciri-ciri lelaki idaman saya - Kerana kehadiran Emma Maembong pada majlis hari jadi Zizan, menyebabkan ramai pihak berpendapat Emma adalah permaisuri yang berjaya menakluki hati pelakon Hantu Kapcai itu.

Emma mengakui Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki lelaki idamannya iaitu pandai membuat lawak, namun dia menegaskan hubungan mereka berdua yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan rapat sahaja.

"Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan. 

Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya,”



Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger