Nampaknya rakyat semakin bangkit seaklipun pihak polis telah menggunakan kuasanya menangkap beberapa aktivis Pakatan sebelum ini.
Puluhan ribu rakyat berhimpun di Perhimpunan Black505 yang diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil malam tadi.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan malam tadi ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.
Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."