Home » » Gambar sekitar perhimpunan Black 505 di Kedah (13 Photo)

Gambar sekitar perhimpunan Black 505 di Kedah (13 Photo)


Gambar sekitar perhimpunan Black 505 di Kedah - Jelajah perhimpunan suara rakyat suara keramat yang bermula sejak 8 Mei lepas di Stadium Kelana Jaya, Selangor terus mendapat sambutan orang ramai apabila perhimpunan Black 505 di Kota Sarang Semut, Kedah telah dihadiri ribuan orang. Perhimpunan Black 505 peringkat negeri Kedah sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim tetapi terpaksa dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut kerana MB baru Kedah mengamuk.


Antara orang kenamaan yang hadir ke perhimpunan berkenaan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Datuk Johari Abdul dan Datuk Mahfuz Omar. Selain itu, semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis turut hadir bagi menyatakan sokongan kepada perhimpunan bersejarah itu. Berikut ialah lagi 11 keping gambar sekitar perhimpunan Black 505 di Kedah. Kredit - Dewan Pemuda PAS Kedah













Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger