Home » » LIVE: (Gambar2 & Video) Himpunan Bantah Keputusan PRU13 Dari Stadium MBPJ, Kelana Jaya.. Jom Terjah!!!

LIVE: (Gambar2 & Video) Himpunan Bantah Keputusan PRU13 Dari Stadium MBPJ, Kelana Jaya.. Jom Terjah!!!




anda boleh pilih channel



http://www.kinitv.com/live


http://wwitv.com/tv_channels/b5577.htm


8.15pm: Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.
NONEPerhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.

Himpunan Bantah Keputusan PRU13
Hujan lebat tidak menghalang penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di tengah padang Stadium Kelana Jaya sambil memakai baju hujan dan payung.

Himpunan Bantah Keputusan PRU13
Penyokong kempen "Blackout" kelihatan sedang membawa kain rentang tertulis "We Are Malay, Chinese Indian" sambil mengelilingi Stadium Kelana Jaya di Kelana Jaya, hari ini.




Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger