Home » » Terbaru!! PM Haji Najib Ajak Rakyat Malaysia Berdoa Agar DS Ustaz Azizan Yang Dirawat Segera Sembuh...

Terbaru!! PM Haji Najib Ajak Rakyat Malaysia Berdoa Agar DS Ustaz Azizan Yang Dirawat Segera Sembuh...


Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian menyiarkan semula kenyataan daripada akaun Twitter rasmi BN itu di Twitter beliau.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi Azizan yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang.
Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta anakanda baginda Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah.
Turut melawat Azizan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.
-SinarHarian
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger