Home » » Trbaru!!! Pakatan Rakyat TOLAK Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.. Kenapa? Jom Terjah!!

Trbaru!!! Pakatan Rakyat TOLAK Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.. Kenapa? Jom Terjah!!



Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu. 

Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan SPR. 

Masih belum dimuktamadkan keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan, SPR nampaknya tergesa-gesa mengumumkan BN sudah memperolehi 112 kerusi sedangkan dalam masa sama tidak mengumumkan secara rasmi kedudukan keseluruhan.


JALAN PULANG
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger