Home » » Bercuti bersama di Pulau Perhentian, Siti Nordiana dan Nubhan bercinta

Bercuti bersama di Pulau Perhentian, Siti Nordiana dan Nubhan bercinta


Siti Nordiana dan Nubhan bercinta - Satu gosip terkini yang pasti mengejutkan industri hiburan tempatan ialah penyanyi terkenal Siti Nordiana yang dikatakan bercinta dengan bekas peserta Akademi Fantasia Musim 6 (AF6), Nubhan.

Menurut portal Murai Batu, Siti Nordiana dan Nubhan dikhabarkan telah pergi bercuti bersama di Pulau Perhentian, Terengganu sekitar pertengahan Jun. Adakah ini menggambarkan mereka berdua sedang serius dalam hubungan cinta? Kalau tidak, takkan perlu bercuti nun jauh di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia?

Apapun, pemergian Siti Nordiana dan Nubhan untuk bercuti ke pulau berkenaan sebenarnya ditemani oleh beberapa rakan lain. Yang peliknya, hanya mereka berdua yang berstatus selebriti manakala rakan yang lain ala-ala biasa.

Bagi admin, no problem kalau Siti Nordiana dan Nubhan serius bercinta kerana kedua-duanya masih solo dan belum berpunya. Lagi pun, Siti Nordiana hanya dua tahun lebih tua berbanding Nubhan. Memang serasi sangat.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger