Home » » HANGAT!!! Pengarah SPRM Sahkan SPR Disiasat Berhubung Pembelian Dakwat 'Tidak Kekal".. Jom Terjah!!!

HANGAT!!! Pengarah SPRM Sahkan SPR Disiasat Berhubung Pembelian Dakwat 'Tidak Kekal".. Jom Terjah!!!




Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata siasatan kini sedang dijalankan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat yang didapati dapat ditanggalkan dengan mudah ketika digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Laporan Sinar Harian menyebut, Mustafar mengesahkan bahawa satu pasukan siasatan dibentuk sejak minggu lalu, susulan rungutan orang ramai berhubung ketahanan dakwat yang digunakan untuk menanda jari pemilih yang telah membuang undi itu.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa SPRM menyiasat isu ini sama ada terdapatnya penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat),” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger