Home » » LIVE Dari Parlimen: (Gambar2) TS Pandikar Amin Dipilih Semula Yang di-Pertua Dapat Majoriti 44 Undi Kalahkan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.. Jom Terjah!!

LIVE Dari Parlimen: (Gambar2) TS Pandikar Amin Dipilih Semula Yang di-Pertua Dapat Majoriti 44 Undi Kalahkan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.. Jom Terjah!!



Aturan Urusan Mesyuarat hari ini:

1. Proklamasi memanggil Parlimen bermesyuarat.
2. Memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
3. Ahli-ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah.
4. Memilih 2 Timbalan Yang di-Pertua
5. Usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu lalang kepada Ahli-ahli Dewan.

Perdana Menteri mengemukakan nama Pandikar Amin sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Sementara Tan Sri Khalid Ibrahim dari pembangkang mengemukakan nama Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Yang di-Petua Dewan.


Justeru undi bersurat akan dilaksanakan.






Tan Sri Pandika Amin Mulia dipilih semula sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat selepas mendapat 133 undi.

Sementara calon pembangkang, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan mendapat 89 undi.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger