Home » » Pelakon Benjy mengamuk tumbuk kepala jurugambar

Pelakon Benjy mengamuk tumbuk kepala jurugambar


Pelakon Benjy mengamuk tumbuk kepala jurugambar - Berita penahanan pelakon era 90-an, Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim, 35, untuk kali kedua akibat disahkan positif dadah jenis syabu telah mengejutkan industri hiburan tempatan dan orang ramai.

Semalam, pihak polis telah membawa Benjy ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Bagaimanapun, ketika Benjy dibawa keluar dari bilik mahkamah, beliau tiba-tiba bertindak agresif dan menumbuk kepala salah seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar yang cuba merakam gambarnya.

Anak lelaki kepada pelakon veteran Azean Irdawaty itu turut menepis dan hampir merosakkan beberapa kamera jurugambar lain.

Benjy yang popular menerusi drama Kerana Cintaku Saerah sebelum itu telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama. - Utusan Malaysia


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger