Home » » Pelakon dan penerbit A. Aida digoda lelaki bergelar datuk

Pelakon dan penerbit A. Aida digoda lelaki bergelar datuk


Pelakon dan penerbit A. Aida digoda lelaki bergelar datuk - Sejak bercerai dengan Deputi Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman pada 2 Mei lalu, beberapa lelaki yang bergelar datuk cuba mendekatinya untuk menjalinkan hubungan cinta, dipetik dari mStar.

Bagaimanapun, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, berkata, dia menolak usaha beberapa lelaki berkenaan dan cuba menjauhkan diri memandangkan kebanyakan mereka berstatus suami orang.

"Sejak bercerai ada sahaja lelaki yang mahu 'singgah' dalam diri saya. Mereka itu ada daripada kalangan rakan-rakan penerbit serta golongan VIP. Tetapi saya tolak kerana mereka semua sudah berkahwin. Saya tak mahu sebarang masalah timbul di kemudian hari jika hidup bermadu. Lagipun emak saya sudah pesan jangan ambil suami orang. Kalau duda boleh sahaja, ini yang datang semua sudah beristeri."

Aida turut menambah, buat masa ini dia lebih senang menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga orang anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun hasil perkahwinan terdahulu dengan Ameng (Spring) serta Muhammad Rahul, 4, daripada pernikahannya dengan Suffian.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger