Farid Kamil larang ibu mertua jumpa Diana Danielle dan anaknya - Jika sebelum ini, pelakon Farid Kamil menyindir ibu mertuanya Norsiah Ramli di Twitter menerusi kenyataan ringkas dan tersirat, semalam pula beliau kembali membuat kenyataan terbuka menerusi portal mStar.
Kali ini, Farid Kamil melarang Norsiah berjumpa dengan isteri dan anaknya. Keputusan ini dibuat selepas pelakon Dampak itu kecewa dengan sikap ibu mertuanya yang tidak langsung memperdulikan Diana Danielle ketika di Australia.
“Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri & anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.”
“Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati. Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu”
“Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin.”