Gambar Awi Rafael bertatu dan peluk wanita - Penyebaran beberapa keping gambar penyanyi terkenal, Awi Rafael sedang memeluk wanita dan memakai tatu di laman maya cukup membuatkan empunya diri sedar kesilapan seumpama itu.
Menerusi laman myartis, Awi Rafael, 26, memberitahu sudah melakukan proses untuk membuang tatu berkenaan menerusi rawatan islam. Bagaimanapun, beliau mengakui proses pembuangan tatu itu memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa yang cukup lama.
"Proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambar saya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini. Saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam."
"Alhamdulillahlah, sokongan mereka (peminat) membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya."
"Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur."
"Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur."
Menurut Awi, sejak kontroversi penyebaran gambar-gambarnya itu, dia kini semakin banyak menerima undangan untuk mengadakan persembahan.
Bagi admin, segala perkara buruk berlaku ke atas diri kita memang ada hikmah di sebaliknya. Yang buruk itu ada baiknya juga, tak gitu? Apapun, mari layan beberapa keping gambar Awi Rafael yang dikritik hebat peminat dan masyarakat.