Alvin Tan dan Vivian Lee rayu simpati di Twitter - Ekoran tiada tindakan tegas diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas memanggil dua penulis blog lucah, Alvin Tan dan Vivian Lee untuk memberikan keterangan semalam, mereka mengakui kini tidak senang duduk apabila menerima SMS ugutan bunuh dari seorang individu.
Tidak dapat membuat luahan di akaun Facebook kerana telah dipadam dua hari lepas, Alvin Tan dan Vivian Lee kini menggunakan akaun Twitter mereka untuk meminta agar individu yang menghantar SMS ugutan bunuh itu tidak meneruskan niatnya. Penulis blog lucah ini turut merayu belas kasihan dari individu berkenaan seperti yang korang boleh baca kenyataan Alvin Tan dan Vivian Lee di bawah.

