Home » » Noor Dayana dan Wan Sakinah kini bahagia kongsi suami

Noor Dayana dan Wan Sakinah kini bahagia kongsi suami


Noor Dayana dan Wan Sakinah kini bahagia kongsi suami - Di sebalik penderitaan dan kekecewaan yang terpaksa ditanggung oleh isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana namun dia kini dikatakan sudah berbaik-baik dengan Wan Sakinah dan mereka mula belajar hidup berkongsi suami.

Menurut Ashraf, Dayana tidak pernah minta untuk dilepaskan seperti yang didakwa oleh individu tertentu. Ketika ditanya tentang hubungan kedua-dua isterinya ketika ini, Ashraf memberitahu, Dayana dan Sakinah sudah boleh keluar bersama-sama.

“Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok.”

Dalam pada itu, Ashraf turut ditanya tentang sebab utama mengapa dia memilih untuk berpoligami daripada terus bersabar untuk mendapatkan zuriat dari isteri pertamanya. Berikut penjelasan panjang lebar pelakon Puaka Niyang Rapik itu :-

“Sebelum saya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi saya sudah bertanya dan meminta nasihat dengan pelbagai pihak termasuklah ustaz, pakar kaunseling dan ramai lagi. Saya terdetik nak berkahwin, sebab itu ambil keputusan bernikah di luar negara. Kami bukan kahwin lari sebab keluarga saya dan keluarga Sakinah ada sekali masa kami nikah.”

Mengakui kesilapannya kerana mengguris dan melukakan hati ramai pihak terutamanya Noor Dayana dan bapa mertunya, Ashraf secara terbuka menyatakan permohonan maaf beliau di atas apa yang telah terjadi.

“Sekarang ini saya masih dalam proses memujuk dan redakan keadaan. Saya mahu mohon maaf dari semua pihak. Insya-Allah jika segalanya sudah reda saya akan buat kenduri doa selamat,” kata Ashraf yang mengakui kesilapannya."

“Saya berharap peminat doakan yang terbaik buat perkahwinan saya. Saya juga berharap lagi janganlah aibkan kami dan saya juga mahu menjalani kehidupan yang terbaik selepas ini. Saya sayang semuanya dan jika selepas ini ditawarkan untuk sesi fotografi saya akan bawa kedua-dua isteri bersama.” 


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger