Home » » Penjelasan Ashraf Muslim isu fail tuntutan cerai terhadap Dayana

Penjelasan Ashraf Muslim isu fail tuntutan cerai terhadap Dayana


Penjelasan Ashraf Muslim isu fail tuntutan cerai Dayana - Nampaknya kontroversi perkahwinan kedua pelakon Ashraf Muslim terus hangat diperkatakan hujung minggu ini apabila timbul satu lagi gosip baru yang mendakwa dia ke mahkamah pada Khamis lepas untuk menfailkan tuntutan cerai terhadap Dayana.

Admin sendiri terkejut dengan dakwaan terbaru ini yang nyata mengelirukan. Takkan pula Ashraf sebegitu kejam sehingga sanggup mengambil tindakan drastik dikala emosi isteri pertamanya masih lagi belum stabil. Adakah dakwaan ini timbul disebabkan terdapat segelintir individu yang memcemburuinya?

Mengulas tentang gosip liar itu, Ashraf tampil membuat penjelasan secara ringkas menerusi portal Harian Metro. Ini bunyi penafian beliau ada memfailkan tuntutan cerai terhadap isteri pertamanya.

“Saya tidak mahu guna istilah fitnah kerana perkataan itu terlalu kasar, tapi saya tidak tahu perkataan lebih sesuai. Perkara itu tidak betul dan saya terkilan kerana terus menjadi mangsa fitnah.”

Bagi admin, pengakuan pelakon drama Yusuff itu rasanya bukan tipu sebab pihak media turut ada mendapatkan penjelasan dari peguam Ashraf yang tiba selepas sidang media selesai.

Menurutnya, memang benar dia ada ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan kes tuntutan cerai pada hari berkenaan namun tiada kaitan dengan Ashraf Muslim kerana kes itu untuk anak guamnya yang lain.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger