Home » » Respon Uqasha Senrose isu putus cinta dengan Pekin Ibrahim

Respon Uqasha Senrose isu putus cinta dengan Pekin Ibrahim


Respon Uqasha Senrose isu putus cinta dengan Pekin Ibrahim - Gosip liar yang mendakwa pasangan Uqasha Senrosa dan Pekin Ibrahim telah putus cinta mula tersebar di media dan portal hiburan apabila sekeping gambar yang mengandungi puisi bertajuk Letting Him Go telah dimuatnaik di laman Instagram milik Uqasha selain status mencurigakan di Twitternya yang berbunyi Mental Breakdown.

Menurut sumber yang dipetik dari GUA, pasangan itu dikatakan putus cinta disebabkan sikap Pekin sendiri yang tidak serius dalam perhubungan mereka. Benarkah pelakon Pekin Ibrahim suka memasang perempuan keliling pinggang? Berikut ialah respon terkini Uqasha berkenaan gosip liar itu.

“Hubungan saya dan Pekin sama seperti dahulu. Kami baik-baik sahaja dan hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Saya dan Pekin tiada apa-apa masalah. Saya saja mahu memuatnaik gambar yang mengandungi ‘qoutes’ tersebut. Cerita mengenai Pekin yang ‘memasang perempuan’ keliling pinggang dan tidak serius dalam perhubungan juga adalah tidak betul.” 

“Mengenai status Twitter saya pula, biasalah, hari-hari saya menghadapi pelbagai perkara, sibuk dengan penggambaran, lagi-lagi sekarang ini kita semua sedang menjalani ibadah puasa, jadi kadang-kadang saya penat dan tertekan. Perkara itu tiada kena mengena dengan hubungan kami. Spekulasi yang dibuat tidak benar.”

Dalam pada itu, ketika Uqasha diminta mengulas mengenai perasannya apabila gosip sebegini mula tersebar secara meluas di laman maya, Uqasha hanya menganggap ianya perkara kecil yang tidak perlu dilayan. 

“Perkara ini bukannya betul, jadi saya tak anggap perkara ini sebagai masalah besar. Biarlah apa orang mahu cakap, asalkan saya tahu perkara yang sebenar.”


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger